Sulam Bedak - Halal kah?

sulam jueretouch

𝐒𝐮𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐝𝐚𝐤 - 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐡?

Hai gais, seperti yang dijanjikan di page Facebook kami, kami akan berkongsi sedikit sebanyak tentang facial yang popular di Jueretouch  iaitu SULAM BEDAK. Mesti korang pernah dengar kan? Teknik ini merupakan rawatan K-Beauty, maksudnya teknik ini start dari Korea. Nama glamour nya adalah BB GLOW. BB Glow dan Sulam Bedak ni sama je, satu tu nama mat salleh, satu lagi nama lokal kita 🤣

𝐒𝐔𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐃𝐀𝐊 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬:
𝟏) 𝐒𝐞𝐦𝐢-𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐞𝐧𝐭 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
𝟐) 𝐓𝐢𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦

𝟏. 𝐒𝐞𝐦𝐢-𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐞𝐧𝐭 𝐅𝐨𝐮𝐧𝐝𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧

BB Cream korang tau kan? BB Cream ni adalah campuran FOUNDATION + MOISTURIZER. Orang Korea suka pakai BB Cream sebab dia mencerahkan kulit serta membuat tona lebih sekata. BB Glow Facial ni merupakan teknik menyalutkan 'semi-permanent' BB Cream di atas lapisan kulit kita, supaya BB Cream tu menutupi parut hitam, kemerahan dan segalanya.

Disebabkan krim ni 'semi-permanent', dia boleh tahan berbulan-bulan walaupun dah dibilas air atau makeup remover. Korang tak perlu pakai foundation lagi. Walaupun dia tahan lama, sulam jenis semi-permanent foundation ni boleh menyumbatkan pori kita, menyebabkan jerawat, alergik, dan gatal-gatal. Malah, teknik semi-permanent foundation ini pernah dikecam oleh sebuah saluran fesyen yang terkenal, Harpers Bazaar

Disebabkan sifat BB Cream yang kalis air, kulit kita akan susah menyerap produk penjagaan wajah yang lain. Untuk yang muslim, Sulam jenis ini tidak dapat dibawa solat sebab air tidak dapat menyentuh kulit.

𝟐. 𝐓𝐢𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦

Sulam Bedak jenis ini menggunakan serum yang mempunyai 'colour tint'. 'Colour tint' ini lah yang akan memberi efek pencerahan yang instant pada muka kita. Berbanding dengan jenis foundation tadi, Tinted Serum ni mempunyai bahan dan nutrisi yang bagus untuk pemulihan/pembaikan sel kulit kita. Serum ni akan diserap oleh kulit dan mencantikkan kulit kita dari dalam supaya kemerahan, parut hitam dan sebagainya akan pudar secara natural.

Efek cerah untuk jenis Sulam Bedak Tinted Serum ni sekejap sahaja sebab colour tint ini akan hilang selepas cuci muka. Sulam jenis ini sesuai untuk kulit yang sensitif dan memudahkan muslim yang perlu solat.

Dua2 jenis teknik ni ada kelemahan dan kelebihan tersendiri bergantung kepada citarasa pelanggan 😊

Jueretouch Spa pakai Sulam jenis apa pulak? Kami pakai jenis kedua: TINTED SERUM sebab kami ingin membaiki sel kulit dari dalam berbanding dengan menutupi masalah kulit sahaja.

Sekiranya korang ada apa-apa persoalan mengenai Sulam Bedak, sila komen atau Whatsapp kami ok~ Nak book slot pun boleh bagi yang di area KUCHING, SARAWAK 🥰🥰

📲http://wasap.my/60138568592
📲http://wasap.my/60138568592

  • No Comments
Powered by SmugMug Owner Log In