𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐁𝐋𝐄𝐀𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆

Rambut yang sudah di bleach atau diluntur ini memang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Kalau tidak, rambut akan menjadi kering, rosak & gugur. Jangan risau, semua produk yang kami akan senaraikan ini boleh dibeli di Watsons atau Guardian sahaja.

APA TIPS MENJAGA RAMBUT SELEPAS BLEACH?

𝟏. 𝐂𝐨𝐧𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧𝐞𝐫/𝐩𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢

Siapa sini yang selalu pakai syampu sahaja? Korang tau tak yang syampu ni kegunaannya hanya untuk membersihkan kulit kepala daripada minyak sahaja? Syampu akan menyebabkan rambut kering so selepas syampu tu WAJIB untuk pakai condition di bahagian rambut pulak. Ini untuk melembapkan dan menguatkan rambut korang.

Untitled photo

𝟐. 𝐂𝐮𝐜𝐢 𝐫𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝟐-𝟑 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚

Pencucian rambut yang terlalu kerap akan membuangkan sebum rambut yang semulajadi, menyebabkan rambut semakin kering. Sekiranya korang rasa rimas, korang boleh pakai 'dry shampoo' atau 'hair mist' pada hari yang korang tidak cuci rambut tu.

Untitled photo

𝟑. 𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬

Jangan pakai pengering rambut, iron atau curler terlalu kerap. Kalau keluar bawah panas, pakai topi untuk melindungi rambut

𝟒. 𝐇𝐚𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐬𝐤/𝐓𝐫𝐞𝐚𝐭𝐦𝐞𝐧𝐭

Kita pakai masker ni selepas cuci rambut apabila rambut masih lembap (jangan pakai semasa rambut basah/kering). Biarkan selama 15 minit dan bilas. Pakai sekali atau dua kali seminggu sahaja. Produk favourite admin ialah WATSONS ARGAN OIL TREATMENT WAX sebab dia mampu milik (dalam RM15 sahaja) dan boleh tahan berbulan-bulan. Serious talk, rambut korang akan rasa lembut gilaaa selepas pakai ni. Tapi brand lain pun boleh cuba gak, tiada masalah 😊 Malas nak pakai hair mask setiap minggu? Jum buat Coconut Treatment dengan Jueretouch jerr. Sebulan sekali pun dah cukup 😛 

Untitled photo

𝟓. 𝐓𝐫𝐢𝐦 𝐫𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭

Ni banyak orang lupa, apabila rambut dah bleach, dia jadi cepat bercabang sebab struktur rambut dah lemah. Kita mesti rajin pergi trim rambut sebulan sekali. Sebabnya kalau hujung rambut dah bercabang, rambut lebih mudah gugur atau mati. Maksudnya, rambut dah tak dapat tumbuh lagi. Sebab tu rambut menjadi makin nipis 😢

𝟔. 𝐇𝐚𝐢𝐫 𝐭𝐨𝐧𝐢𝐜/𝐬𝐞𝐫𝐮𝐦

Apa beza tonic dan serum? Tonic ni kita pakaikan pada kulit kepala untuk menguatkan akar & penumbuhan rambut. Serum pulak kita pakaikan di rambut untuk melembutkan dan menyihatkan struktur rambut. Cari serum yang ada argan atau moroccan oil. Tonic yang popular sekarang untuk rambut bleach adalah tonic Faith Fleur. 

Untitled photo
Untitled photo

𝟕. 𝐁𝐥𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐫𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐚𝐩𝐥𝐞𝐱 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐭𝐦𝐞𝐧𝐭

Servis ni ada disediakan oleh Jueretouch okk. Kalau korang nak bleach rambut, tertamanya untuk kali kedua/seterusnya, kami rekomen sangat2 buat sekali dgn Olaplex treatment supaya rambut lebih sihat. Olaplex treatment ni tak perlu buat selalu. Buat time bleach saje dah cukup 😁

Selain Watsons & Guardian, kita ada banyak gak seller yang jual produk tempatan yang boleh tahan kualiti nya. Contohnya brand Faith Fleur & Sugardoll 😍 Siapa yang menjual produk rambut boleh share2 juga di ruangan komen ya, mana tau ada reader kami yang tercari-cari  😘😘

  • No Comments
Powered by SmugMug Owner Log In